Monday, October 13, 2008

Siapa Saya

Assalamualikum dan salam sejahtera pada semua.

Saya berharap semoga semuanya berada didalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur adanya....Amin

Kenapa saya membuat posting ini yee ?

Sebenarnya saya rasa perlu Anda mengetahui dan mengenali diri saya kerana hampir setiap hari, begitu banyak sms, email atau pun call yang saya terima bertanyakan tentang diri saya dan kenapa saya bersungguh-sungguh mengajak orang ramai menyertai program Kutu Pintar.

Beginilah, buat posting kali ini saya akan bercerita serba sedikit tentang diri saya :-

Nama saya Zunizam B Hj Mohamed Adib, berusia 41 tahun, telah berkahwin selama 18 tahun, mengenali isteri saya dah hampir 27 tahun (kami rakan sekolah dulunya).

Dikurniakan dengan 6 orang cahayamata ( 3 lelaki & 3 perempuan). Anak sulung lelaki telah kembali kerahmatullah 5 tahun yg lepas kerana demam denggi ketika berusia 12 tahun (Al Fatihah).

Menetap di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur dah hampir 14 tahun.

Berasal dan dilahirkan di Dungun, Terengganu. Dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan & petani, Kg kelulut, Marang, Terengganu (Dulu...tapi sekarang kampung saya dah maju dan ramai anak-anak kampung yg berjaya). Masih saya ingat hampir setahun lamanya kami tinggal dirumah baru dibina oleh arwah bapa tanpa bekalan air paip dan letrik. Pada masa tesebut, bekalan letrik dan paip air belum ada lagi. Jalan jalan masih lagi jalan tanah merah atau pasir debu lagi. Lampu gasolin dan pam manual (GUM'BER AIR- bahasa Terengganu) menjadi penyelamat kami. Sebuah kampung yang sangat selesa untuk didiami dan membesar. Saya dah biasa menjadi budak kampung yang bermain di sawah, semak, hutan,bukit, sungai, pantai dan berbagai-bagai lagi. Zaman kanak-kanak/Remaja saya penuh dgn keseronokkan. Rentang pukat menahan ikan, menyuluh burung, jadi Tarzan, bergayut di akar kayu berdekatan dgn kebun tembikai, menangkap ikan di laut (jadi nelayan), tangkap ketam, mengail udang dan macam macam lah. Wahhh...seronoknya masa tu...Tuhan je yg tahu...


"TERENGGANU"
*NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK*


BERCUTI LAH KESANA JIKA BERPELUANG
PANTAI, AIR TERJUN
BUDAYA DAN ORANG NYA
"SENYUM SOKMO"
MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP
NASI DAGANG & KEREPOK LEKOR
SEMESTI NYA



Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Bariah, Kg Bukit Besar, K Trg..Ketika itu keluarga saya tinggal bersama arwah nenek. Bukit Besar merupakan salah satu mercu tanda Trg, "Allah Peliharakanlah Terengganu" sekiranya anda pernah ke sana sebelum ini. Selepas itu menyambung pengajian di peringkat menengah di Sek. Men Sultan Sulaiman, K Trg sehingga tamat SPM.




Selepas tamat persekolahan, saya terus membantu bapa menjalankan dan menguruskan sebuah resort keluarga di Kuala abang, Dungun. Maklumlah belajar malas dan tak fokus (Tuhan dah kurniakan "AKAI" tapi tak nak pakai). Saya menguruskannya hampir 5 tahun. Banyak pengalaman dan kenalan saya perolehi. Arwah bapa menyuruh saya melakukan semua kerja, dari jadi tukang kebun, tukang sapu, kemas bilik, pergi pasar utk bekalan restoran, melayan "Guest" ketika mereka nak melihat penyu (Dr Pantai Kuala Abang Hingga Ke Jambu Bongkok), jadi waiter, jadi cashier dan macam macam lagi. Boleh katakan semua saya kena buat sendiri dan belajar. Tapi selepas ketiadaan beliau, barulah saya tahu kenapa beliau menyuruh saya lakukan semuanya. Pengalaman sebenarnya tak dapat dijual beli. Itulah masa yang sangat indah dan berharga bersama bapa ketika beliau masih ada. (Al Fatihah)...Hargailah orang tua kita..Kita hanya akan lalui masa yang bernilai bersama mereka sekali sahaja sahaja seumur hidup kita ketika mereka masih ada.




Maaf, saya akan sambung lagi bila masa mengizinkan. Ada tetamu yang datang untuk berhari raya...Saya akan kongsikan pengalaman kerja dan pengalaman hidup saya pula nanti....Tak lupa juga kenapa saya libatkan diri dalam Kutu Pintar.... Jumpa lagi.


*********************

Salam sejahtera kembali pada semua rakan rakan yang sangat saya hargai.
Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyambung kembali posting ini, agak sibuk kebelakangan ini dengan tugas tugas di syarikat.

Menyebut tentang pengalaman kerja dan pengalaman hidup saya...tak lah sehebat mana..Biasa-biasa je..Saya pernah melakukan berbagai kerja untuk survive dan menambah pengalaman. Selepas menguruskan resort arwah bapa hampir 5 tahun, saya telah bekerja disebuah syarikat kewangan hampir 8 tahun dibahagian kawalan kredit. Saya tamatkan perkhidmatan dlm tempoh 24 jam di syarikat tersebut kerana sudah bosan dan tidak sanggup lagi melakukan tugas saya yang selalu terlibat dengan saman menyaman dan menarik kenderaan yang gagal menjelaskan bayaran. Pernah beberapa kali cuba memohon utk ditukarkan kebahagian lain tetapi gagal kerana kadang kala apabila kita agak mahir didalam sesuatu bidang , pihak majikan tak nak tukarkan kita. Tak seronok buat kerja ni sebenarnya...orang selalu marah kat kita...tak best kan....

Selepas berhenti, saya menganggur hampir sebulan dan selepas itu menjadi kontraktor kecil kecilan. Gagal selepas 2 tahun kerana berniaga tanpa ilmu. Dalam masa yang sama, saya menubuhkan sebuah lagi syarikat "IT" (kekal sehingga hari ini hampir 14 tahun) bersama kakak dan abang ipar. Syarikat kami merupakan panel kontraktor kepada sebuah bank. Didalam menjalankan syarikat IT ini, berbagai pengalaman pahit maung terpaksa ditempohi. Dua kali negara mengalami kemelesetan ekonomi, 2 x kali juga keadaan saya meleset dan melecet. Alhamdullilah masih bertahan hingga sekarang.

Kenapa saya melibatkan diri didalam Kutu Pintar ?????

Jawapan ikhlas dari saya...

Saya nampak Kutu Pintar adalah satu program yang telus dan sangat berpotensi untuk mengubah nasib diri pada mereka yang benar benar berusaha dan ingin berubah..

Pengalaman dan ilmu yang tak seberapa yang saya ada , ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua diluar sana dengan harapan "AGAR LEBIH RAMAI MENERIMA MANAFAAT DARI PROGRAM KUTU PINTAR" . Ianya sangat sangat membantu....

Saya dah mencapainya.....Saya nak orang lain pula mendapat peluang ini....

rgds.

nizamadib






Tuesday, September 9, 2008

Pengenalan/Konsep/Daftar Syarikat



Alhamdullillah syukur di atas rezeki yang telah dikurniakan buat kami berdua. Sesungguhnya persefahaman, tolak ansur, hormat menghormati antara satu sama lain dan juga saling membantu telah membuahkan hasil untuk kami sekeluarga. Program Kutu Pintar banyak membantu kami dalam keadaan yang sukar. Mengingatkan putera puteri kami (6 orang, yang pertama telah pun kembali ke rahmatullah - Al Fatihah) yang makin membesar dan memerlukan perhatian, bukan sedikit jumlah perbelanjaan yang patut kami sediakan, tidak terbatas kepada makan minum atau tempat tinggal yang seles
a, tetapi yang paling utama adalah pelajaran mereka. Menyedari hakikat ini, kami perlu memulakan langkah secepat mungkin untuk menstabilkan sumber kewangan. Kami berdua mengambil keputusan nekad untuk menyertai program Kutu Pintar untuk menambah pendapatan kami atau pun dalam erti kata lain sebagai punca pendapatan alternatif buat kami walau pun pada hakikatnya kami berdua telah pun mempunyai perniagaan sendiri. Terimakasih kepada semua rakan-rakan pintar yang telah banyak membantu kami berdua. Apa yang telah kami capai pada hari ini, adalah suatu "PENGALAMAN DAN PELUANG" yang kami ingin "KONGSIKAN" bersama anda diluar sana. Program ini amat berpontensi untuk membantu dan mengubah cara hidup kita semua dan di tambah pula dengan pakej penyertaan yang mudah dan mampu untuk semua orang menyertainya. Tiada siapa yang boleh mengubah nasib diri kita melainkan diri kita sendiri. Berusaha dengan tekun, sabar tanpa jemu...jujur dan ikhlas, Insyaallah kejayaan adalah milik kita. Jangan lupa "RESTU IBU BAPA", kerana mereka lah yang akan selalu mendoakan kesejahteraan kita. Tanpa restu mereka berdua, kerahmatan dan keberkatan dari yang Maha Esa, tidak akan kita perolehi.

Zunizam B Hj Mohd Adib - (019-461-4908)
Ainan Mariana Bt Hj Mohamed Jais - (012-206-5989)

Keramat Permai - Kuala Lumpur

Email : nizamadib@gmail.com






Daftar Syarikat










Artikel Kutu Pintar


ARTIKEL MARCH 2008





ARTIKEL JUN 2008






ARTIKEL SEPTEMBER 2008




Pakej Kutu Pintar


Terdapat 3 Pakej yang disediakan didalam program Kutu Pintar.

Pakej ini dirangka mengikut kemampuan peserta dan dengan menyertai program ini, ianya tidak akan menjadikan pesertanya akan mengalami kerugian besar atau muflis seandainya peserta gagal memperkenalkan program ini kepada peserta lain pula. Dengan hanya bermodalkan RM121.00 sebagai permulaan, potensi untuk mengajak orang-orang disekeliling anda amat luas kerana ianya tidak terlalu membebankan. Anda mungkin akan terkejut dengan sumbangan yang akan diterima kelak walaupun dengan modal sekecil itu. Ramai orang mampu menyertainya.

Peserta bebas memilih untuk menyertai mana mana pakej mengikut kemampuan mereka. Peserta boleh memilih salah satu pakej/antara dua atau ketiga-tiga pakej sekaligus dalam masa yang sama. Jika pada mulanya, anda hanya menyertai satu pakej buat permulaan, pada bila bila masa anda boleh menyertai pakej yang lain pula. "BEBAS MEMILIH"

Perlu di ingat bahawa program ini adalah program yang berkonsepkan "Insan Bantu Insan" dengan melakukan "Sumbangan * Jariah" apabila kita menyertainya. "BEBAS MEMBANTU KEPADA YANG MEMERLUKAN"

"Niat/Nawaitu"
kita adalah untuk membantu orang lain dan diri kita sendiri.


Diharapkan dengan niat ikhlas itu, akan memudahkan lagi kehidupan orang lain dan kita sendiri di kemudian hari.
Sekiranya ada rezeki buat kita apabila menyertai program ini, maka ianya merupakan satu bonus buat kita - "ALHAMDULILLAH", tetapi sekiranya tidak ada - anggaplah bahawa kita telah pun melakukan perkara yang baik dengan membantu orang lain untuk memudahkan urusan hidup mereka. Diharapkan akan ada ganjaran lain yang akan kita terima ditempat dan waktu yang lain pula.



Sistem Kutu Pintar

PESERTA PERLU MEMAHAMI (2) PERKARA UNTUK BERJAYA DI DALAM PROGRAM INI
SEMASA MENCIPTA SUMBANGAN


MATAHARI


Perkenalkan program ini kepada seramai mungkin bakal peserta/prospeks anda berkonsepkan "MATAHARI".

Gunakan borang anda untuk memastikan mereka merupakan
"DIRECT LINE"
anda.

Sekiranya pendekatan ini digunakan - semua peserta/prospeks anda adalah peserta
"LEVEL 1" anda dan sekiranya ianya berlaku, nama anda akan tersenarai didalam borang "MASTER COPY" kumpulan anda begitu luas/banyak sekali.

Sumbangan akan
diterima tanpa henti kerana nama anda akan tersenarai dalam tempoh yang lama di dalam kumpulan anda apabila mereka melakukan "DUPLIKASI" - (Ahli kumpulan anda kenalkan program ini kepada peserta/prospeks lain pula)





DUPLIKASI


Setiap peserta "MESTI" melakukan "DUPLIKASI" untuk mengembangkan "RANGKAIAN" mereka. Lakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh pengenal anda dahulu. (Pengulangan Proses Program)

Duplikasi
harus berlaku di setiap peringkat untuk memastikan semua peserta akan menerima sumbangan.




Nota : Setiap peserta program adalah merupakan "KETUA/LEADER" kepada kumpulan mereka. Oleh itu bantulah ahli kumpulan mereka untuk memahami dan mempraktik kan "KONSEP MATAHARI & DUPLIKASI"

Seandainya, konsep tersebut tidak di pratik kan, "MATLAMAT ANDA UNTUK BERJAYA TIDAK AKAN TERCAPAI"

Siapa Boleh Serta ?

Cara Penyertaan



Tips

Ringkasan Kutu Pintar





Borang Penyertaan

SILA KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS DAN CETAK BORANG

PAKEJ RM 121




PAKEJ RM 250.00


Sunday, August 10, 2008

Testimoni/Motivasi




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Saya sertakan gambar ini, bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau membangga diri, tetapi inilah yang akan anda perolehi dari penyertaan "Program Kutu Pintar". Saya mengharapkan agar ianya akan menjadi pembakar semangat kepada semua rakan-rakan yang telah pun menyertai program ini atau sebagai sumber inspirasi kepada semua.

Sebenarnya.....
"ANDA JUGA BOLEH MENJADI SEPERTI SAYA" sekiranya anda benar benar berusaha dan yakin dengan apa yang dilakukan. “CERMIN DIRI” dan bersedia untuk melakukan perubahan "MINDA" kerana saya a
mat percaya bahawa minda adalah pencetus kepada kejayaan atau kegagalan hidup kita. Lakukannya dengan jujur dan ikhlas, tidak mudah berputus asa dan sentiasa ingin berkongsi dan membantu insan-insan yang memerlukan.

Setelah beberapa bulan saya menyertai program ini, saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu
“DIFAHAMI” dan “DIYAKINI” seandainya “KEJAYAAN” yang anda inginkan…….

1. YAKIN - Yakin dan percaya sepenuhnya dengan apa yang anda lakukan.

2. BERILMU – Anda mesti mempunyai ilmu untuk menjadi mahir dan sekiranya boleh menjadi yang terbaik. Jangan jemu untuk terus belajar , bertanya dan kongsikan ilmu tersebut dengan orang lain pula. Tanpa ilmu kita tidak akan ke mana……….

3. USAHA - Berusahalah tanpa mengenal erti penat, jemu, jangan mudah berputus-asa dan cepat mengalah. Kuatkan semangat untuk mengalami perubahan “MINDA” dan “PERUBAHAN HIDUP”

4. TEKUN - Sesuatu yang anda lakukan mestilah berterusan. Mungkin anda bermula dengan perlahan tetapi tanpa henti. “TIADA JALAN PINTAS" untuk berjaya.

5. JUJUR - Bersikap jujur dan ikhlas bila melakukannya dan lakukan dengan betul dan tepat. Suka "BERKONGSI
/MEMBANTU/MEMBERI" kepada sesiapa sahaja di sekeliling anda.

6. DOA - Selalu berdoa semoga beroleh kejayaan dan di permudahkan urusan.

7. TAWAKAL – Bertawakal dan berserah setelah semua perkara telah dilaksanakan.


Sekiranya anda mengamalkan semua langkah di atas......................Insyaallah

" KEJAYAAN ADALAH MILIK ANDA "

JADIKAN HARI INI
HARI YANG BAIK UNTUK ANDA

ESOK SEMOGA MENJADI

HARI YANG LEBIH BAIK

HARI SETERUSNYA MENJADI
HARI YANG TERAMAT BAIK


DAN BILA IANYA TELAH BERJAYA DIC
APAI
JADIKANLAH IANYA SEBAGAI SATU

"AMANAH"


(Terimakasih pada Pakcik & Lan yang sudi berkongsi Amanah ini kepada saya)





1. "Impian menjadi Kenyataan" ... Alhamdullillah syukur kehadrat Illahi di atas rezeki yang telah dikurniakan. Hanya itulah yang mampu saya ungkapk an buat rakan pintar semua. Tanpa usaha yang tidak mengenal erti penat lelah.. .Banyak perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan saya. Tabahkan hati dan kuatkan semangat demi mencapai cita-cita. Teruskan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti jemu. Bersikap jujur dan saling membantu di antara kita, ianya amat "PENTING". Kejayaan akan datang tanpa kita sedari. Jutaan terimakasih saya ucapkan diatas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan pintar semua. Saya berdoa dan berharap semoga rakan rakan semua akan mencapai kejayaan didalam menjalankan program "Kutu Pintar" seperti mana apa yang telah saya capai pada hari ini. Bersama kita berganding bahu menjayakan program ini. Insyaallah.....Muhd Haniff Mukhtar Pasir Gudang, Johor.

2. Tahniah kepada En. Hanif @ panggilan manja nya " POK NIF" kerana sekali lagi berjaya mencapai impian nya. Beliau memang di kenali dikalangan ahli keluarga sebagai "MAT EXTREME".....apa saja yang melibatkan kelajuan, kelasakan atau perkara yang tak masuk akal untuk dilakukan....memang Pok Nif lah orang yang suka mengambil risiko itu. Melalui penyertaan Program Kutu Pintar, telah banyak angan-angan dan impian yang telah berjaya dicapai nya....Amat berbaloi menyertai program ini.

**** Sekitar aktiviti kami sekeluarga ketika pulang bercuti Hari Raya Haji di kampung halaman kami "Terengganu/Pantai Mengabang Telipot" . Semuanya seronok bermain motorcross yang baru dibeli oleh Pok Nif (Honda CRF450 - King Of Motorcross).......Semuany
a sudah tentu dari hasil menyertai Program........... ............."KUTU PINTAR" ****














Hanya baru 4 (Empat) hari menyertai program ini, Puan Nor (Berbaju Biru) telah pun berjaya membuat duplikasi dengan mengajak rakan-rakannya menyertai program Kutu Pintar. Ini adalah sumbangan pertama yang beliau terima dari pergerakkan secara berkumpulan dengan semua rakan pintar dibawah kumpulan nya dengan satu tujuan/haluan berkonsepkan "Insan Bantu Insan" melalui sumbangan dan jariah. Beliau seorang yang berkeyakinan tinggi, cekal hati serta suka berkongsi peluang sambil membantu orang-orang disekelilingny a...Syabas dan semoga dimurahkan rezeki diucapkan kepada beliau.....Puan Nor Sabak Bernam.








Bersama Pengasas Program (Puan Ameera - Depan Kanan)





Puan Ainan dan Puan Amnorsuty bersama wang pos yang di perolehi hasil dari "Duplikasi" yang berjaya dilakukan.




Terima kasih kepada Abang Nizam kerana membantu saya menyertai Kutu Pintar.

Hanya dalam masa 2 minggu telah membuahkan hasil dan ianya bergantung kepada kita sekiranya hendak berjaya. Nasihat saya yang di luar sana jangan tunggu lagi...

"Rebutlah Peluang Keemasan Ini "

Syed Azian - Indera Mahkota Kuantan - 013-9217403




Saya dah dapat .... Anda bila lagi ???

Dr Zainal - Damansara, Kuala Lumpur.