Monday, October 13, 2008

Siapa Saya

Assalamualikum dan salam sejahtera pada semua.

Saya berharap semoga semuanya berada didalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur adanya....Amin

Kenapa saya membuat posting ini yee ?

Sebenarnya saya rasa perlu Anda mengetahui dan mengenali diri saya kerana hampir setiap hari, begitu banyak sms, email atau pun call yang saya terima bertanyakan tentang diri saya dan kenapa saya bersungguh-sungguh mengajak orang ramai menyertai program Kutu Pintar.

Beginilah, buat posting kali ini saya akan bercerita serba sedikit tentang diri saya :-

Nama saya Zunizam B Hj Mohamed Adib, berusia 41 tahun, telah berkahwin selama 18 tahun, mengenali isteri saya dah hampir 27 tahun (kami rakan sekolah dulunya).

Dikurniakan dengan 6 orang cahayamata ( 3 lelaki & 3 perempuan). Anak sulung lelaki telah kembali kerahmatullah 5 tahun yg lepas kerana demam denggi ketika berusia 12 tahun (Al Fatihah).

Menetap di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur dah hampir 14 tahun.

Berasal dan dilahirkan di Dungun, Terengganu. Dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan & petani, Kg kelulut, Marang, Terengganu (Dulu...tapi sekarang kampung saya dah maju dan ramai anak-anak kampung yg berjaya). Masih saya ingat hampir setahun lamanya kami tinggal dirumah baru dibina oleh arwah bapa tanpa bekalan air paip dan letrik. Pada masa tesebut, bekalan letrik dan paip air belum ada lagi. Jalan jalan masih lagi jalan tanah merah atau pasir debu lagi. Lampu gasolin dan pam manual (GUM'BER AIR- bahasa Terengganu) menjadi penyelamat kami. Sebuah kampung yang sangat selesa untuk didiami dan membesar. Saya dah biasa menjadi budak kampung yang bermain di sawah, semak, hutan,bukit, sungai, pantai dan berbagai-bagai lagi. Zaman kanak-kanak/Remaja saya penuh dgn keseronokkan. Rentang pukat menahan ikan, menyuluh burung, jadi Tarzan, bergayut di akar kayu berdekatan dgn kebun tembikai, menangkap ikan di laut (jadi nelayan), tangkap ketam, mengail udang dan macam macam lah. Wahhh...seronoknya masa tu...Tuhan je yg tahu...


"TERENGGANU"
*NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK*


BERCUTI LAH KESANA JIKA BERPELUANG
PANTAI, AIR TERJUN
BUDAYA DAN ORANG NYA
"SENYUM SOKMO"
MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP
NASI DAGANG & KEREPOK LEKOR
SEMESTI NYA



Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Bariah, Kg Bukit Besar, K Trg..Ketika itu keluarga saya tinggal bersama arwah nenek. Bukit Besar merupakan salah satu mercu tanda Trg, "Allah Peliharakanlah Terengganu" sekiranya anda pernah ke sana sebelum ini. Selepas itu menyambung pengajian di peringkat menengah di Sek. Men Sultan Sulaiman, K Trg sehingga tamat SPM.




Selepas tamat persekolahan, saya terus membantu bapa menjalankan dan menguruskan sebuah resort keluarga di Kuala abang, Dungun. Maklumlah belajar malas dan tak fokus (Tuhan dah kurniakan "AKAI" tapi tak nak pakai). Saya menguruskannya hampir 5 tahun. Banyak pengalaman dan kenalan saya perolehi. Arwah bapa menyuruh saya melakukan semua kerja, dari jadi tukang kebun, tukang sapu, kemas bilik, pergi pasar utk bekalan restoran, melayan "Guest" ketika mereka nak melihat penyu (Dr Pantai Kuala Abang Hingga Ke Jambu Bongkok), jadi waiter, jadi cashier dan macam macam lagi. Boleh katakan semua saya kena buat sendiri dan belajar. Tapi selepas ketiadaan beliau, barulah saya tahu kenapa beliau menyuruh saya lakukan semuanya. Pengalaman sebenarnya tak dapat dijual beli. Itulah masa yang sangat indah dan berharga bersama bapa ketika beliau masih ada. (Al Fatihah)...Hargailah orang tua kita..Kita hanya akan lalui masa yang bernilai bersama mereka sekali sahaja sahaja seumur hidup kita ketika mereka masih ada.




Maaf, saya akan sambung lagi bila masa mengizinkan. Ada tetamu yang datang untuk berhari raya...Saya akan kongsikan pengalaman kerja dan pengalaman hidup saya pula nanti....Tak lupa juga kenapa saya libatkan diri dalam Kutu Pintar.... Jumpa lagi.


*********************

Salam sejahtera kembali pada semua rakan rakan yang sangat saya hargai.
Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyambung kembali posting ini, agak sibuk kebelakangan ini dengan tugas tugas di syarikat.

Menyebut tentang pengalaman kerja dan pengalaman hidup saya...tak lah sehebat mana..Biasa-biasa je..Saya pernah melakukan berbagai kerja untuk survive dan menambah pengalaman. Selepas menguruskan resort arwah bapa hampir 5 tahun, saya telah bekerja disebuah syarikat kewangan hampir 8 tahun dibahagian kawalan kredit. Saya tamatkan perkhidmatan dlm tempoh 24 jam di syarikat tersebut kerana sudah bosan dan tidak sanggup lagi melakukan tugas saya yang selalu terlibat dengan saman menyaman dan menarik kenderaan yang gagal menjelaskan bayaran. Pernah beberapa kali cuba memohon utk ditukarkan kebahagian lain tetapi gagal kerana kadang kala apabila kita agak mahir didalam sesuatu bidang , pihak majikan tak nak tukarkan kita. Tak seronok buat kerja ni sebenarnya...orang selalu marah kat kita...tak best kan....

Selepas berhenti, saya menganggur hampir sebulan dan selepas itu menjadi kontraktor kecil kecilan. Gagal selepas 2 tahun kerana berniaga tanpa ilmu. Dalam masa yang sama, saya menubuhkan sebuah lagi syarikat "IT" (kekal sehingga hari ini hampir 14 tahun) bersama kakak dan abang ipar. Syarikat kami merupakan panel kontraktor kepada sebuah bank. Didalam menjalankan syarikat IT ini, berbagai pengalaman pahit maung terpaksa ditempohi. Dua kali negara mengalami kemelesetan ekonomi, 2 x kali juga keadaan saya meleset dan melecet. Alhamdullilah masih bertahan hingga sekarang.

Kenapa saya melibatkan diri didalam Kutu Pintar ?????

Jawapan ikhlas dari saya...

Saya nampak Kutu Pintar adalah satu program yang telus dan sangat berpotensi untuk mengubah nasib diri pada mereka yang benar benar berusaha dan ingin berubah..

Pengalaman dan ilmu yang tak seberapa yang saya ada , ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua diluar sana dengan harapan "AGAR LEBIH RAMAI MENERIMA MANAFAAT DARI PROGRAM KUTU PINTAR" . Ianya sangat sangat membantu....

Saya dah mencapainya.....Saya nak orang lain pula mendapat peluang ini....

rgds.

nizamadib






2 comments:

Anonymous said...

ASLKM...

Betul seperti apa yang sdr nyatakan Program KutuPintar ni telus dan bersistematik....KutuPintar.my

Anonymous said...

I have reported this to BNM as a pyramid scam.